Wednesday, March 25, 2009

Kitab: ‘Umdah ath-Tholib al-Mujtahid fi Syarh Fariidah al-Faraaid

Data ringkas kitab:

Judul: ‘Umdah ath-Tholib al-Mujtahid fi Syarh Fariidah al-Faraaid (عمدة الطالب المجتهد في شرح فريدة الفرائد)
Kategori: Tauhid/Aqidah
Pengarang: Tuan Guru Haji ‘Abdullah bin Haji Ibrahim bin ‘Abdul Karim al-Fathani al-Jaabi
Tarikh selesai dikarang: 14 Rabi’ al-Awwal 1380H/ 6 September 1960M



Kitab ‘Umdah ath-Tholib al-Mujtahid fi Syarh Fariidah al-Faraaid adalah merupakan sebuah kitab yang mensyarahkan kandungan kitab Fariidah al-Faraaid karangan al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Wan Mushthafa al-Fathani yang sangat terkenal itu. Kitab ini dikarang oleh al-Fadhil Tuan Guru Haji ‘Abdullah bin Haji Ibrahim bin ‘Abdul Karim al-Fathani al-Jaabi. Tujuan beliau mengarang kitab ini adalah untuk membantu bagi mereka yang baru belajar atau mengajar dalam memahami dan memudahkan pemahaman kitab Faridah terutamanya pada ibarat-ibaratnya, rujuk dhamirnya dan juga mentashwirkan masalah-masalah yang rumit.

Kitab setebal 116 halaman ini telah ditashihkan oleh guru, juga mertua kepada beliau, iaitu Tuan Guru al-‘Alim al-‘Allamah Haji Ahmad bin Haji ‘Abdul Wahab al-Fusani al-Fathani (1902 – 1996) sebagaimana yang tersebut pada kitab tersebut. Tuan Guru Haji Ahmad al-Fusani adalah diantara murid Pak Da’El yang terkenal sebagai ahli di dalam ilmu usuluddin.


0 comments: