Monday, December 15, 2008

Kitab : Tafsir Nur al-Ihsan


Judul: Tafsir Nur al-Ihsan
(تفسير نور الإحسان)
Kategori: Tafsir
Pengarang: Haji Muhammad Sa’id bin Umar bin Aminuddin bin Abdul Karim.
Tarikh selesai dikarang:
Juzuk yang pertama, mulai surah al-Fatihah hingga surah al-Maidah. Tebal 296 halaman.
Juzuk yang kedua, mulai surah al-An'am hingga surah al-Isra'. Tebal 429 halaman.
Juzuk yang ketiga, mulai surah al-Kahfi hingga surah az-Zumar. Tebalnya 432 halaman. Pada juzuk yang ketiga ini ada dinyatakan selesai menulis pada hari Isnin, 27 Zulhijjah 1345H.
Juzuk yang keempat, mulai surah al-Mu'min hingga surah an-Nas. Diselesaikan 1 Rabiulakhir 1346H. Tebal 387 halaman.

Merupakan sebuah terjemahan serta tafsir al-Quran didalam bahasa Melayu yang ditulis oleh Haji Muhammad Sa’id bin Umar bin Aminuddin bin Abdul Karim pada abad ke-19/20. Pengarang kitab ini adalah merupakan Qadhi daerah Jitra, Kedah. Tafsir Nur al-Ihsan adalah merupakan tasfir kedua yang ditulis didalam bahasa Melayu selepas Turjuman al-Mustafid oleh Syaikh ‘Abdur Rauf ‘Ali al-Fanshuri.

Tafsir Nur al-Ihsan terdiri daripada empat juzuk (jilid). Juzuk pertama, terkandung terjemahan dan tafsir al-Quran mulai surah al-Fatihah hingga surah al-Maidah. Jilid tanpa tarikh ini dicetak oleh Mathbaah Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah, Mesir 1349 hijrah/1930. Dinyatakan hak mencetak tertentu bagi Muhammad Muhammad Saleh, guru agama Alor Star, Kedah. Cetakan pertama dengan perbelanjaan Muhammad Muhammad Ali Rawa. Juzuk kedua, dari surah al-An'am hingga surah al-Isra setebal 429 muka. Juzuk ketiga pula kandungannya mulai surah al-Kahfi hingga az-Zumar, setebal 432 muka. Juzuk keempat mengandungi surah al-Mukmin hingga surah an-Nas setebal 387 muka. Ia selesai ditulis pada Isnin, 27 Zulhijjah 1345/27 Jun 1927.

Kitab ini masih beredar dipasaran kitab. Dan ianya masih digunakan sebagai teks pengajian di masjid-masjid dan surau-surau.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails