Sunday, November 16, 2008

Pembukaan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ ، وَبِهِ نَسْتَعِيْنَ عَلَىَ أُمُوْرِ الدُّنْيَا وَالدِّيْنِ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْمَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ ، وَ مَنِ اهْتَدَى بِهَدْيِهِ ، وَسَارَ عَلَى نَهْجِهِ ، وَاْستَنَّ بِسُنَّتِهِ ، أَمَّا بَعْدُ :

Pertama-tamanya, al-Faqir panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah karunianya, dapat al-Faqir usahakan lagi sebuah blog. Tujuan al-Faqir membina blog ini antara lain:
  • Untuk memperkenalkan kitab-kitab yang ditulis oleh ulama kita, samada didalam bahasa Melayu atau ‘Arab (insyaAllah al-Faqir akan cuba scan kulit atau muka hadapan kitab-kitab tersebut. Doakan al-Faqir semoga segara dapat membeli scanner)
  • Untuk memperkenalkan kitab-kitab tulisan ulama-ulama alam Melayu yang mana kebanyakkan kita sudah tidak tahu lagi akan kitab-kitab tulisan ulama kita yang terdahulu
  • Membantu para pengunjung untuk mendapatkan kitab-kitab berkenaan, terutamanya kitab-kitab lama seperti yang diterbitkan oleh Khazanah Fathoniyah.
  • Memberi panduan kitab-kitab yang baik untuk dipelajari atau dijadikan bahan bacaan.
Al-Faqir berharap, dengan usaha yang tersangat kerdil ini, pengunjung blog Pustaka al-Fanshuri dapat kembali mengenal warisan para ulama kita dan menjadikannya sebagai rujukan kita. Moga-moga usaha al-Faqir yang kerdil ini diredhai dan diberkatiNYA. آمين

Sekian. Wassalam
~ al-haqir al-faqir abu zahrah ~


3 comments:

pendrive said...

Ana mencari beberapa kitab Tuan Hussain Kedah seperti bidayat thalibin, kasr il-iksir, tanbih al-ikhwan, nailul maram dan Tabshirah li Ulil Albab. Adakah tuan mempunyai kitab2 ini? Jika ada, bagaimana nak hubungi tuan untuk dapatkan salinannya. Wassalam

al-faqir abu zahrah said...

Ambo tak pasti. InsyaAllah nanti kalau rajin ambo selongkar gerubuk ambom dan kalau ada ambo maklumkan. Sekian.

pendrive said...

dah jumpo ko?