Data ringkas kitab:Tajuk: Risalah Jala` al-Qulub bi ZikriLlah
Kategori: Tasawuf
Pengarang: al-‘ArifbiLlah Syaikh 'Abdus Shamad Muhammad Shalih al-Kalantani
Jumlah halaman: 25 halaman
Tarikh selesai dikarang: Waktu zohor, hari Rabu, 18 Muharram 1287H
Penerbit: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur
Tahun Penerbitan (Semula): 1427H/2006M
Size kitab: 18cm x 25.5cm
Kitab ini adalah sebuah kitab tasawwuf yang dikarang oleh al-‘Arifbillah Syaikh 'Abdus Shamad Muhammad Shalih al-Kalantani atau lebih dikenali sebagai Tuan Tabal. Beliau adalah merupakan diantara orang terawal yang memperkenalkan thariqat Ahmadiah yang dinisbahkan kepada Sidi Ahmad bin Idris رضي الله عنه di negeri Kelantan dan sekitarnya. Beliau menerima thariqat Ahmadiah daripada Sidi Ibrahim ar-Rasyidi dan Sidi Ibrahim ar-Rasyidi menerima thariqat Ahmadiah daripada Sidi Ahmad Idris رضي الله عنه. Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi adalah merupakan murid dan kemudiannya menjadi khalifah bagi sidi Ahmad Idris رضي الله عنه.
Risalah Jala' al-Qulub bi zikriLlah sungguh pun nipis, ringkas namun ianya padat dan terdapat banyak perbezaan dengan beberapa kitab tasawuf lain baik ditinjau dari metod penulisan atau dari segi kandungannya. Ianya hanya 25 halaman sahaja. Ia menghuraikan bagaimana menyucikan hati dengan berzikruLlah. [gambar sebelah adalah Mufti Hj wan Muhammad, anak sulung kepada Tuan Tabal]Cetakan pertama kitab ini adalah oleh oleh Majlis Ugama Islam Kelantan, 29 Dhulhijjah 1254H/1935M. Cetakan yang kedua pula oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan. Diberi kata pendahuluan oleh Tuan Guru Haji Nik Daud bin Ahmad Jambu, di Bukit Rahmah Tanah Merah, Kelantan.
Diantara isi kandungan kitab ini adalah:
• Muqaddimah
• Fasal pada menyatakan kasih kepada Allah
• Fasal pada menyatakan tawajuh kepada Allah
• Fasal ini pada menyatakan mengesakan af’al Allah
• Fasal pada menyatakan tawakkal atas Allah
• Fasal pada menyatakan serah segala pekerjaan kepada Allah
• Fasal pada menyatakan shabar bala Allah
• Fasal pada menyatakan redha dengan qadha’ Allah
• Fasal pada menyatakan menhginakan diri bagi kebesaran Allah
• Fasal pada menyatakan faqir haqiqi kepada Allah
• Fasal pada menyatakan fana’ di dalam baqa’ dengan Allah
Alhamdulillah, al-Faqir telahpun selesai mentransliterasikan tulisannya dari jawi kepada rumi atas permintaan beberapa rakan. Dan ianya adalah al-Faqir kongsikan di blog al-Fanshuri. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut isikandung kitab ini, dijemput ke sana.
Kitab ini kini diterbitkan semula oleh Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur. Untuk mendapatkannya, bolehlah menghubungi alamat berikut:
Khazanah al-Fathaniyah
No.38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar
68100 Batu Caves, Gombak
Tel: 03 – 61897231 atau hubungi
Ustaz Abdul Halim Mohamad 013 -3564496
No.38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar
68100 Batu Caves, Gombak
Tel: 03 – 61897231 atau hubungi
Ustaz Abdul Halim Mohamad 013 -3564496


0 comments:
Post a Comment