Tuesday, November 25, 2008

Kitab: al-Rahmah al-Haabithah fi Dhikr Ism al-Dhat wa al-Raabithah

Data ringkas kitab:

Judul: al-Rahmah al-Haabithah fi Dhikr Ism al-Dhat wa al-Raabithah (Rahmat Yang Turun Pada Menyatakan Dhikr Ism al-Dhat Dan Pada Menyatakan Rabithah)
(الرحمة الهابطة في ذكر إسم الذات والرابطة)
Kategori: Tasawuf
Penterjemah: al-‘Arifbillah Syaikh Ismail bin ‘Abdullah al-Minankabawi al-Khalidi al-Naqsyabandi
Jumlah halaman: 84 halaman
Tarikh selesai diterjemah: 1269H/1852M
Penerbit: Khazanah Fathaniyah
Harga: RM 9.00



Kitab ini adalah sebuah kitab tasawwuf yang diterjemah oleh al-‘Arifbillah Syaikh Ismail bin Abdullah al-Minankabawi al-Khalidi al-Naqsyabandi [wafat di Mekah pada tahun 1280H/1863M]. Beliau adalah seorang musyid thariqah Naqsyabandiah Khalidiyah.

Kitab ini beliau terjemahkan dari kitab yang ditulis oleh murid beliau, Syaikh Hussin bin Ahmad al-Dausari al-Bashri al-Khalidi [wafat 1242H dalam usia 39 tahun]. Kitab al-Rahmatul Haabithah fi Dhikri Ismi al-Dzat wa al-Rabithah selesai diterjemah pada tahun 1269 Hijrah/1852 Masihi.

Kitab ini membicarakan persoalan tasawuf, khusus mengenai rabithah dan berdhikir dengan ismuz dzat. Masalah rabithah dan berdhikir dengan ism al-Dhat sering diperdebatkan oleh mereka yang tidak memahami mengenainya. Maka di dalam kitab ini, kedua perkara tersebut diterangkan dengan jelas – dalilnya, konsepnya, displinnya, caranya dan matlamatnya.

Cetakan pertama kitab ini adalah oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, akhir Jamadilawal 1325H. Setelah itu ianya tidak terdapat lagi dikedai-kedai kitab sehingga ianya diterbitkan semula [cetakan kedua] oleh Khazanah Fathaniyah, iaitu pada tahun 1425H/2004M.

Al-‘Arifbillah Syaikh Ismail bin ‘Abdullah al-Minankabawi al-Khalidi al-Naqsyabandi adalah seorang mursyid didalam thariqah Naqsyabandi. Beliau menerima baiah dan tawajjuh daripada Sayyid Abi Abdillah bin Abdullah Afandi al-Khalidi, murid Syaikh Khalid al-'Utsmani al-Kurdi. Dan, Syaikh Ismail al-Minankabawi juga menerima baiah dan tawajjuh secara langsung daripada Syaikh Khalid al-'Utsmani al-Kurdi. Beliau, Syaikh Ismail Minangkabau merupakan salah seorang ulama` yang menyebar dan mengembangkan thariqah Naqsyabandiah Khalidiyah di Nusantara. Beliau telah mendirikan pusat-pusat penyebarannya [rumah suluk] di Istana Pulau Penyengat, Riau, di Istana Temenggung Ibrahim di Teluk Belanga, Singapura, di Kampung Semabok, Melaka, Kampung Upih di Pulau Pinang dan tempat-tempat lainnya.

Untuk mendapat kitab tersebut, bolehlah menghubungi alamat berikut:
Khazanah al-Fathaniyah
No.38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar
68100 Batu Caves, Gombak
Tel: 03 – 61897231 atau hubungi
Ustaz Abdul Halim Mohamad 013 -3564496

~ al-faqir abu zahrah ~

0 comments: