
Maklumat ringkas tentang kitab:
Judul kitab: al-Bahr al-Waafi wa al-Nahr al-Shaafi
Kategori: Fiqih
Pengarang: Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani
Jumlah halaman: 590 halaman termasuk 8 halaman untuk daftar isi dan 9 halaman untuk pembetulan kekeliruan cetak (ralat)
Tarikh selesai dikarang: 18 Rejab 1331H (1912M)
Penerbit: Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur
Tahun Penerbitan: 1998 (merupakan cetakan kedua. Cetakan pertama sekitar tahun 1349H/1930M)
Size kitab: A4Harga: Lebihkurang RM 80.00 (kulit tebal)
*******
Kitab ini adalah merupakan sebuah kitab fiqih ibadah yang lengkap karangan al-'Alim al-'Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Wan Tih bin Syaikh Wan Senik al-Karisiqi al-Fathani. Atau dikenali juga dengan nama Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani atau Muhammad Shaghir al-Fathani (di kalangan orang ‘arab) atau Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani dikalangan orang Melayu di Mekah. Beliau adalah cucu saudara kepada al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani. Beliau adalah seorang ulama yang bukan sahaja terkenal di alam Melayu bahkan di Hijaz, Mesir dan Turki. Kitab karangannya yang terkenal dan banyak dipelajari di Tanah Melayu adalah kitab Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain dan Wusyah al-Afrah wa Ashbah al-Falah. Kitab Bahrul Waafi ini adalah merupakan karya terakhir Syaikh Nik Mat Kecik. Selesai ditulis pada 18 Rejab 1331H (1912M). Beliau wafat pada tahun 1333H/1915M. Cetakan pertama setebal 573 halaman ditambah dengan 8 halaman untuk daftar isi dan 9 halaman untuk pembetulan kekeliruan cetak (ralat). Maka jumlah keseluruhan halamannya adalah 590 halaman. Selesai ditulis pada 18 Rejab 1331H (1912M).
Kitab ini pertama kali dicetak oleh Matbaah asy-Syarqiyah, Jeddah pada tahun 1930. Ianya ditashhihkan oleh anak pengarang sendiri yang bernama Syaikh Muhammad Nur bin Muhammad bin Ismail Daudy al-Fathani [gambar diatas]. Pada halaman 573, pentashhih kitab menyebutkan:
Adalah saya Muhammad Nur ibn al-Marhum asy-Syaikh Muhammad ibn Ismail al-Fathani pengarang kitab ini, memujikan Allah dan mensyukurkan dia selama-lamanya diatas kelimpahan ni’matnya yang amat luas yang meliputi sekalian alam. Maka setengah daripadanya mengurniai ia bagi saya taufiq mentashhihkan kitab yang bernama al-Bahr al-Waafi wa al-Nahr al-Shaafi ini yang adalah ia sebaik-baik kitab bahasa Melayu pada fiqih mazhab asy-Syafie kerana mengandungi akan laut[an] masail [masalah-masalah] fiqih yang sangat-sangat dihajati akan dia dengan ‘ibarat yang sehabis-habis nyata dan mudah. Maka teranglah segala ahkam fiqih dan masaailnya yang sukar dan yang payah-payah sekira-kira dapatlah pembacanya memahamkan segala ‘ibaratnya dan memungut segala ahkam fiqih sehingga-hingga senangnya sekalipun ketiadaan berguru. Maka alhamdulillah telah sempurnalah mengcap kitab yang tersebut itu serta mentashhihkan dia akan sebagai tashhih yang memberi puas hati. Maka dzahirlah segala sususnan ‘ibaratnya itu gilang-gemilang seperti bulan penuh purmana yang cemerlang cahayanya dan segala ma’ani yang jernih seperti air salsabil. Maka iaiatu pada 12 haribulan Rabi’al-Awwal, hari itsnin tahun 1350 daripada hijrah al-Nabiy al-Mukhtar صلى الله عليه وعلى آله الابرار واصحابه الاخيار.آمين
Ditinjau dari sudat bahasa, kitab al-Bahrul Waafi ini sememangnya jauh lebih mudah daripada kitab Matla’ al-Badrain dan karya-karya Syaikh Nik Mat Kecik yang lain. Untuk mengetahuinya, silalah dapatkan kitab berkenaan. Dato’ Hj Hasan Ahmad, Mufti Pulau Pinang pernah menyarankan agar untuk mengajar bab haji kepada bakal haji, maka kitab ini adalah diantara yang terbaik. Walaupun sudah lama dihasilkan, tetapi ianya dapat menyelesaikan permasalahan terkini.
Sebelum ini kitab ini sudah tiada lagi di pasaran kedai-kedai kitab, tetapi kini ianya telah diterbitkan semula oleh Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur iaitu pada tahun 1998. Untuk mendapatkannya, bolehlah menghubungi alamat berikut:
Khazanah al-Fathaniyah
No.38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar
68100 Batu Caves, Gombak
Tel: 03 – 61897231 atau hubungi
Ustaz Abdul Halim Mohamad 013 -3564496
No.38, Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar
68100 Batu Caves, Gombak
Tel: 03 – 61897231 atau hubungi
Ustaz Abdul Halim Mohamad 013 -3564496


0 comments:
Post a Comment