Maklumat ringkas tentang kitabJudul kitab: Irsyadul Jawiyyin ila Sabil al-‘Ulama al-‘Amilin (Petunjuk Bagi Sekelian Orang Jawi Kepada Jalan ‘Ulama-‘ulama Yang Ber’amal)
Kategori: Fiqih/Tauhid
Pengarang: Tuan Guru Haji ‘Abdul Qadir bin Haji Wan Ngah bin ‘Abdul Lathif bin Utsman
Jumlah halaman: 32 halaman
Tarikh selesai dikarang: Selesai disusun pada petang hari Khamis, 10 Dhulqaedah1409H
********
Kitab ini disusun oleh Tuan Guru Haji ‘Abdul Qadir bin Haji Wan Ngah bin ‘Abdul Lathif bin Utsman. Beliau dilahirkan pada tahun 1340H /1921M di Kampung Sekam, Fathani. Mendapat pendidikan dari beberapa buah pondok seperti Pondok Balur, Pondok Kubang Pasir, Pondok Pusan, Pondok Bunut Payung dan lain-lain. Seterusnya menyambung pengajian di Makkah dan berguru di sana dengan Syaikh Ismail bin 'Abdul Qadir al-Fathani (Pak Da 'Eil) dan guru-guru bangsa 'Arab yang lain. Beliau berada di Makkah selama 5 tahun.
Setelah kembali ke tanahairnya, beliau membuka pondok di Kampung Wakaf Budi, Sekam. Selama menjadi guru pondok, beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu ushul ('Aqidah). Beliau menjadi pengasuh pondoknya "al-Ma'had al-Islamiy" sehingga ke akhir hayatnya, kira-kira selama 35 tahun lamanya. Selain itu beliau juga merupakan anggota Lujnah Ulama Fathani, Majlis Agama Islam Fathani. Beliau wafat pada pagi Khamis 18 Rabi`ul Awwal 1412 (26 September 1991).
Kitab beliau yang bertajuk Irsyadul Jawiyyin ila Sabil al-‘Ulama al-‘Amilin (Petunjuk Bagi Sekelian Orang Jawi Kepada Jalan ‘Ulama-‘ulama Yang Ber’amal) adalah merupakan sebuah kitab yang membahaskan beberapa masalah yang sering dibangkit oleh golongan yang berfahaman Wahabi. Antara kandungan kitab ini adalah:
- galakan mencari ilmu secara bertalaqqi,
- menerangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan majaz 'aqli;
- perbahasan mengenai hukum menyambut maulid Nabi صلى الله عليه وآله وسلم;
- tentang tawassul, mengambil berkat dengan bekas orang-orang sholeh;
- mengenai pengasas fahaman Wahabi;
- dan mengenai tauhid, khususnya dalam perbahasan masalah istiwa` sebagaimana yang tersebut didalam ayat الرحمن على العرش استوى. Beliau menerangkan didalam bab ini dengan panjang lebar. Beliau juga menghuraikan kata-kata Imam Malik mengenai masalah istiwa.
- menjelaskan tentang takwil ijmal dan takwil tafshil
والله تعالى أعلى و أعلم


5 comments:
Assalamualaikum,
Tahniah dan terima kasih kerana menyediakan blog yg bermanafaat ini.
Teruskan usaha anda.
Terimakasih diatas sokongan anda. Doakan hamba!
Assalamualaikum Warahmatullah,
Ustz Abu Zahrah,
Pernah sekali ana hantar message dalam blog ni tapi ana belum terima message daripada ustz. Harap ustz dapat respon message ana kali ni...ana nak dapatkan senaskah kitab Minhaaj as-Saalimiin fi Thoriqah al-Mutaqaddimin.Kalau tak keberatan dapat ustz poskan kpd ana (wang pos n harga kitab ana tanggung)..ana nak sangat kitab tu sebab antara ulama yang memberi kata2 pujian tentang kitab ni salah seorangnya ialah guru bagi guru saya iaitu Tuan Guru Haji Che Ahmad Kodiang Kedah sebab dia pun pernah buka pondok di Petani masa dulu...mesti perbahasan dalam kitab tu bagus.ana tak pernah jumpa kitab tu..lagi pun ana di Sabah tak berpeluang nak dapatkan kitab tu..lagi satu di mana ana boleh dapatkan kitab Irsyadul Jawiyyin ni...ana rasa bangga ustz dapat memperkenalkan kitab2 jawi turah dalam blog ni...Moga Allah dapat menggantikan usaha2 memperkenalkan karya ulama nusantara yang dipelopori oleh Allahyarham Ustz Wan Shoghir kpd ustz.Barakallahufik.
wassalam.
Wa'alaikumussalam WarahmatuLlahi Wabarakatuh,
InsyaAllah, kitab-kitab tersebut andaikata ada kelapangan bolehlah ambo photocopy dan poskan. Cuma, masanya lah takpasti bila. Peringatkan ambo selalu, kekadang kesibukan sampai terlupa.
Assalamua'laikum Ustz Abu Zahrah,
kalau ustz dah fotostat kitab yang ana nak tu maklum aje la pada ana...nanti ana bayar ke ustz...bai' mua'ttoh ajela tak dapat nak aqad...
alamat ana...
Mohammad Faizal Bin Ahmad
Kolej Komuniti Tawau,
Batu 4, Jalan Apas,
Peti Surat 61607,
91000 Tawau,
Sabah.
Jazakallah.
Post a Comment